PETALING JAYA: Lembaga Tabung Haji (TH) meneruskan perkhidmatan bayaran dam dan korban melalui aplikasi THiJARI untuk musim haji tahun ini seperti tahun-tahun sebelumnya, bagi memudahkan bakal jemaah haji negara untuk melunaskan tanggungjawab. Pengarah Eksekutif Operasi TH, Mohamed Ameen Abdul Wahab berkata, bakal haji bagi musim 1445H/2024 boleh membuat pembayaran dam sebelum ke tanah suci Mekah. “Bertepatan dengan keputusan Jawatankuasa Penasihat Ibadat Haji, bakal haji tahun ini yang akan melaksanakan ibadah…










