KUALA LUMPUR: SD Guthrie Bhd, sebelum ini dikenali sebagai Sime Darby Plantation Bhd, berhasrat untuk mengembangkan penglibatan perniagaan solarnya dalam solar berskala besar (LSS) melalui pajakan tanah. Pengarah Urusan Kumpulan, Datuk Mohamad Helmy Othman Basha berkata, syarikat itu telah mula memajak tanahnya daripada LSS1 pada 2018 membabitkan projek 20 megawatt (MW). “Dan bila pergi LSS4, kita melihat peluang. Sebanyak 40 peratus LSS4 adalah tanah kami. Walaupun kami memajak, kami mencari…