Produktiviti buruh Malaysia meningkat 1.9 peratus - Utusan Malaysia

Produktiviti buruh Malaysia meningkat 1.9 peratus

KADAR Kebergantungan kepada buruh asing ditetapkan tidak melebihi 15 peratus,-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Produktiviti Buruh Malaysia menunjukkan pertumbuhan positif pada suku suku pertama 2024 dengan dengan jumlah jam bekerja meningkat 2.2 peratus kepada 9.5 bilion jam, kata Jabatan Perangkaan.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, jumlah bilangan pekerja yang dicatatkan ialah 16.4 juta orang, menunjukkan pertumbuhan tahun ke tahun sebanyak 2.1 peratus pada suku pertama 2024 (suku keempat 2023: 16.3 juta orang; 2.5 peratus).

“Kedudukan ekonomi yang menggalakkan, disokong oleh keadaan pasaran buruh yang stabil dan kadar pengangguran yang rendah menyebabkan produktiviti buruh per jam bekerja pada suku tahun pertama 2024 meningkat 1.9 peratus, bagi merekodkan RM42 per jam berbanding RM41.20 per jam suku sama tahun lalu.

“Produktiviti buruh per pekerja mencatatkan pertumbuhan 2.0 peratus kepada RM24,230 per pekerja berbanding RM23,744 per pekerja pada suku pertama 2023,” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, dari segi prestasi sektoral bagi produktiviti buruh yang diukur sebagai nilai ditambah per jam bekerja, sektor pembinaan memacu prestasi keseluruhan dengan mencatatkan peningkatan ketara sebanyak 12.5 peratus berbanding 2.6 peratus suku keempat 2023.

Ia diikuti sektor perlombongan dan pengkuarian pada 2.7 peratus (suku keempat 2023: 1.5 peratus), sektor perkhidmatan pada 1.8 peratus (suku keempat 2023, 1.4 peratus), dan sektor pertanian pada 0.9 peratus (suku keempat 2023: 1.0 peratus), manakala sektor pembuatan menyusut pada negatif 0.3 peratus berbanding (suku keempat 2023, – 2.8 peratus).

“Produktiviti buruh per jam bekerja menunjukkan peningkatan bagi kesemua subsektor perkhidmatan, iaitu pengangkutan dan penyimpanan (10.4 peratus), hartanah dan perkhidmatan perniagaan (7.2 peratus), utiliti (6.8 peratus); perkhidmatan lain (2.5 peratus); perdagangan borong dan runcit (1.6 peratus); dan makanan dan minuman dan penginapan (1.1 peratus).

“Selain itu, yang menunjukkan penurunan adalah kewangan dan insurans (-9.0 peratus); dan maklumat dan komunikasi (-1.8 peratus),” katanya.

Sementara itu, empat subsektor menunjukkan pertumbuhan positif dalam produktiviti buruh per jam bekerja bagi sektor pembuatan, iaitu produk mineral bukan logam, logam asas dan produk logam yang direka (6.1 peratus); produk tekstil, pakaian dan kulit (3.1 peratus); peralatan pengangkutan, pembuatan lain dan pembaikan (2.8 peratus) dan produk kayu, perabot, keluaran kertas dan percetakan (2.3 peratus).

Empat subsektor lain yang merekodkan pertumbuhan negatif ialah minuman dan produk tembakau (-9.3 peratus); produk elektrik, elektronik dan optikal (-3.0 peratus); produk petroleum, kimia, getah dan plastik (-2.9 peratus); dan minyak dan lemak daripada sayuran dan haiwan dan pemrosesan makanan (-2.4 peratus).

Dalam pada itu, Mohd. Uzir berkata, produktiviti buruh dijangka mencatatkan prospek yang lebih baik memandangkan ekonomi Malaysia semakin pulih.

“Momentum positif pertumbuhan pasaran buruh dan aktiviti perniagaan yang berkembang pesat serta pengukuhan modal insan adalah antara faktor peningkatan produktiviti buruh,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya