PETALING JAYA: Rangkaian kedai mainan tempatan, MR. TOY menganjurkan tawaran hebat untuk pelbagai pilihan produk bersempena dengan sambutan ulang tahun kelimanya bermula 1 hingga 31 Mei ini.
Promosi tersebut berlangsung di lebih 61 cawangan anak syarikat Kumpulan MR D.I.Y. itu, memberikan tawaran terbaik untuk pelbagai produk mainan yang ‘ ‘Always Low Prices, Always Fun.’
Ketua Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh berkata, sebagai rangkaian kedai mainan tempatan, pihaknya berhasrat untuk membantu lebih ramai kanak-kanak di seluruh negara mendapat akses kepada kualiti produk permainan yang baik, mampu milik, menyeronokkan, dan mainan pendidikan.
“Harapan kami adalah untuk membawa kegembiraan kepada lebih ramai kanak-kanak di seluruh Malaysia.
“Sebagai tanda penghargaan kami atas sokongan berterusan mereka, kami menawarkan harga menarik untuk barang mainan sepanjang bulan Mei, dan saya menggalakkan orang ramai mengambil kesempatan atas tawaran yang luar biasa ini,” katanya dalam kenyataan.
Menurut Alex, pelanggan boleh menikmati tawaran terbaik untuk permainan papan mencabar minda pada harga RM10.90 setiap satu dan pelbagai mainan binaan bata pada harga RM28.90 setiap satu.
“Menariknya, lebih 7,000 rangkaian mainan MR. TOY diperakui oleh Piawaian Keselamatan Mainan Kesatuan Eropah (EN71) yang dapat memastikan ibu bapa dan kanak-kanak Malaysia memiliki akses kepada mainan yang menyeronokkan dan mampu milik tanpa rasa bimbang,” ujarnya. – UTUSAN










