PETALING JAYA: Maxis memperkenalkan Saudi Premium Data Pass iaitu pas perayauan tawaran masa terhad, direka khas untuk pelanggannya yang bakal menunaikan ibadah haji ke Arab Saudi.
Ketua Pengguna Maxis, Arjun Varma berkata, pas perayauan itu menawarkan pengalaman lancar kepada pelanggan kerana mereka boleh kekal berhubung dengan orang tersayang sepanjang masa sambil menjalankan ibadah haji.
Katanya, pas itu boleh didapati oleh semua pelanggan pascabayar Maxis sehingga 30 Jun 2024 dengan harga RM99.
“Pelanggan juga boleh menikmati data perayauan tanpa had di Arab Saudi selama tempoh 45 hari serta internet berkelajuan tinggi sebanyak 2 gigabait (GB) sehari, diikuti dengan data tanpa had pada kelajuan sehingga 1Mbps,” kata dalam kenyataan.
Beliau berkata, Saudi Premium Data Pass boleh diaktifkan melalui aplikasi Maxis untuk penggunaan segera ataupun dijadualkan sehingga 14 hari lebih awal dari tarikh pengaktifan.
“Sebagai alternatif, pelanggan juga boleh mendaftar untuk pas ini melalui Maxis Care Portal ataupun Maxis Easy Menu (*100#),” ujarnya. – UTUSAN










