PETALING JAYA: Kenanga Investment Bank Berhad (KIBB) menjangkakan kadar pengangguran bakal mengalami penurunan pada separuh kedua 2024, berikutan rekod pengangguran pada Mac yang kekal stabil pada 3.3 peratus. Firma penyelidikan berkata, kadar pengangguran kekal tidak berubah pada bulan tersebut, yang mana pada Februari juga mencatatkan peratus yang sama untuk bulan kelima berturut-turut, sepadan dengan tahap sebelum pandemik. “Angka pengangguran turun 0.1 peratus bulan ke bulan, sekali gus melanjutkan trend penurunan…