Indeks harga pengeluar perkhidmatan meningkat 1.0% suku pertama 2024 - Utusan Malaysia

Indeks harga pengeluar perkhidmatan meningkat 1.0% suku pertama 2024

INDEKS harga pengeluar perkhidmatan meningkat 1.0 peratus pada suku pertama 2024. - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Jabatan Perangkaan melaporkan Indeks Harga Pengeluar Perkhidmatan (IHPRP) meningkat 1.0 peratus iaitu 115.8 mata pada suku pertama tahun ini berbanding 114.7 mata pada suku sama tahun lalu.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, semua subsektor merekodkan peningkatan pada suku tahun ini kecuali indeks pengangkutan yang kekal tidak berubah. 

Katanya, subsektor kesenian, hiburan dan rekreasi meningkat 7.5 peratus berbanding 5.5 peratus suku sama tahun lalu, disumbangkan oleh peningkatan dalam aktiviti hiburan dan rekreasi lain sebanyak 2.1 peratus. 

“Indeks penginapan dan aktiviti perkhidmatan makanan dan minuman naik 2.5 peratus berbanding 3.4 peratus pada suku sama tahun lalu disebabkan kenaikan dalam aktiviti perkhidmatan minuman (3.3 peratus) dan restoran aktiviti perkhidmatan makanan bergerak (2.8 peratus),” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, subsektor lain turut mencatatkan peningkatan perlahan adalah pendidikan sebanyak 0.8 peratus dan aktiviti hartanah meningkat 0.6 peratus. 

“Manakala, kedua-dua indeks kesihatan dan profesional meningkat 0.2 peratus, diikuti oleh indeks maklumat &  komunikasi yang meningkat sebanyak 0.1 peratus,” katanya.

Mengulas lanjut perbandingan suku tahun ke suku tahun, katanya IHPRP menunjukkan peningkatan 0.3 peratus berbanding 0.1 peratus yang direkodkan pada suku tahun  sebelumnya. 

“Kenaikan ini disumbangkan terutamanya oleh indeks pengangkutan (0.7 peratus),  penginapan dan aktiviti perkhidmatan makanan & minuman (0.5 peratus), pendidikan (0.3 peratus) dan  kesenian, hiburan & rekreasi (0.2 peratus). 

“Pada masa yang sama, subsektor lain iaitu aktiviti hartanah, kesihatan, maklumat & komunikasi dan profesional merekodkan kenaikan  sebanyak 0.1 peratus,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN