Hock Tan, anak kelahiran Malaysia CEO dengan bayaran tertinggi di AS - Utusan Malaysia

Hock Tan, anak kelahiran Malaysia CEO dengan bayaran tertinggi di AS

HOCK TAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hock Tan, tokoh perniagaan kelahiran Malaysia merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dengan bayaran tertinggi di Amerika Syarikat (AS) tahun lepas.

Beliau turut mengalahkan tokoh-tokoh seperti Mark Zuckerberg dari Meta, Tim Cook dari Apple dan juga Elon Musk dari Tesla, menurut satu laporan.

Memetik analisis Wall Street Journal (WSJ) berkata, Hock Tan, CEO pembuat cip Broadcom Inc telah dibayar AS$162 juta (RM759.64 juta) pada 2023.

“Ini bukan kali pertama beliau menduduki senarai teratas, kerana beliau juga mendahului carta pada 2017 ketika beliau dianugerahkan AS$103 juta (RM481.85 juta), juga sebagai CEO Broadcom.

“Namun, WSJ mengatakan Hock Tan hanya akan menerima jumlah penuh tersebut jika syarat-syarat tertentu dipenuhi,” katanya.

Katanya, ia termasuk saham Broadcom mencapai tahap tertentu menjelang 2025 dan beliau kekal sebagai CEO selama lima tahun lagi serta tidak akan menerima sebarang bonus ekuiti atau tunai sehingga tempoh lima tahun tersebut tamat.

Tambahnya, jumlah permodalan pasaran pembuat cip tersebut adalah AS$655 bilion (RM3.07 trilion) dengan saham syarikat meningkat sebanyak 106 peratus sepanjang tahun lepas.

“Hock Tan telah menjadi CEO Broadcom sejak 2006 dan seorang warganegara AS sejak 1990,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya