DRB-Hicom catat untung pra-cukai RM200.8 juta - Utusan Malaysia

DRB-Hicom catat untung pra-cukai RM200.8 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: DRB-Hicom Berhad mencatatkan keuntungan pra-cukai (PBT) sebanyak RM210.8 juta bagi suku pertama 2024, melebihi RM200.8 juta dicatatkan pada suku sama tahun lepas.

Ini disertai dengan peningkatan hasil sebanyak 5.6 peratus, mencecah RM4.3 bilion berbanding RM4.1 bilion pada suku pertama 2023.

DRB-Hicom berkata, hasil daripada Sektor Automotif Kumpulan meningkat sebanyak 0.8 peratus kepada RM3.05 juta terutamanya disebabkan oleh volum jualan yang lebih tinggi dicatatkan pada suku pertama 2024 (S1 2023: RM3.02 juta).

Ujarnya, Sektor Aeroangkasa dan Pertahanan mencatatkan peningkatan hasil sebanyak 11.4 peratus (S1 2024: RM187.8 juta, S1 2023: RM168.6 juta), terutamanya disebabkan oleh peningkatan dalam jualan bagi produk ‘single-aisle’ dan komponen-komponen pesawat.

“Sektor Pos mencatatkan hasil yang lebih tinggi sebanyak 4.6 peratus (S1 2024: RM291.2 juta, S1 2023: RM278.4 juta), disumbangkan terutamanya oleh perniagaan melnya.

“Sektor Perbankan mencapai peningkatan hasil sebanyak 34.6 peratus (S1 2024: RM510.4 juta, S1 2023: RM379.3 juta) didorong oleh peningkatan pendapatan pembiayaan, disokong oleh
peningkatan jumlah pembiayaan berikutan pertumbuhan yang mampan dan pangkalan pelanggan yang berkembang,” katanya dalam kenyataan.

Selain itu, kenaikan Kadar Dasar Semalaman (OPR) daripada 2.75 peratus kepada 3.00 peratus pada Mei 2023 menyumbang kepada prestasi kukuh sektor tersebut.

Sektor Perkhidmatan merekodkan peningkatan hasil sebanyak 6.0 peratus (S1 2024: RM216.6 juta, S1 2023: RM204.4 juta), disumbangkan terutamanya oleh perniagaan katering dalam penerbangan yang menyaksikan peningkatan dalam hidangan disediakan dan perkhidmatan pengendalikan darat, sejajar dengan peningkatan bilangan penerbangan.

“Hasil daripada Sektor Hartanah Kumpulan pula melonjak sebanyak 63 peratus (S1 2024: RM79.1 juta, S1 2023: RM48.5 juta), terutamanya disebabkan hasil yang lebih tinggi daripada projek pembangunan hartanah,” ujarnya.

Kumpulan mengekalkan prospek yang memuaskan untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2024. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya