CTOS Digital rekod pertumbuhan PATAMI RM20.8 juta suku pertama 2024 - Utusan Malaysia

CTOS Digital rekod pertumbuhan PATAMI RM20.8 juta suku pertama 2024

ERIC HAMBURGER
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti (PATAMI) CTOS Digital Berhad (CTOS Digital) meningkat 25.6 peratus tahun ke tahun kepada RM20.8 juta bagi suku pertama 2024.

Hasil berjumlah RM71.6 juta iaitu 20.1 peratus lebih tinggi daripada RM59.6 juta direkodkan pada tempoh sama tahun sebelumnya.

Peningkatan itu disokong oleh pertumbuhan berterusan merentas ketiga-tiga segmen pelanggan iaitu akaun utama, komersial dan terus kepada pengguna.

Menurut kenyataan, operasi antarabangsa terdiri daripada anak syarikat yang baru diambil alih Prime Analytics di Indonesia dan Finscore di Filipina menunjukkan momentum yang tinggi.

Justeru, pengambil alihan anak syarikat itu berjaya menyumbang RM8.5 juta kepada hasil Kumpulan pada suku tersebut.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif CTOS Digital, Erick Hamburger berkata, pihaknya mengekalkan pandangan positif sepanjang tahun dalam mengembangkan penyelesaian mengikut keperluan ekonomi digital.

Ujarnya, CTOS Digital bakal memanfaatkan pendekatan inovatif untuk mengoptimumkan portfolio pelanggan dan meningkatkan aliran hasil, sambil terus membangun dan meningkatkan rangkaian produk.

“Operasi antarabangsa kumpulan kami di Indonesia dan Filipina di bawah jenama FinScore merupakan potensi yang besar bagi pertumbuhan syarikat.

“Dengan pertumbuhan hasil yang jelas dalam beberapa bulan kebelakangan ini, kami menjangkakan prestasi yang lebih kukuh pada masa hadapan,” katanya dalam kenyataan.

Tambah beliau, pasaran dinamik itu diyakini memberi peluang yang memberangsangkan kerana platform data alternatif CTOS Digital memainkan peranan penting dalam menangani cabaran dan melengkapkan model pemarkahan kredit tradisional.

CTOS menggabungkan prospek pertumbuhan yang teguh dengan komitmen untuk memberi ganjaran kepada pemegang saham melalui dividen yang konsisten.

Syarikat turut mengisytiharkan dividen interim satu peringkat pertama sebanyak 64 sen sesaham biasa bagi tempoh tiga bulan berakhir 31 Mac 2024, yang akan dibayar pada 2 Julai nanti.

Ini diterjemahkan kepada nisbah pembayaran sebanyak 71 peratus untuk suku tersebut.

Tarikh kelayakan untuk pembayaran dividen ialah 4 Jun 2024. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×