BMW lancar i5 M60 xDrive dan 520i baharu - Utusan Malaysia

BMW lancar i5 M60 xDrive dan 520i baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: BMW Malaysia memperkenalkan BMW i5 M60 xDrive serba baharu dan BMW 520i baharu pemasangan tempatan, tambahan terkini kepada barisan sedan sporty premium BMW, di Malaysia Autoshow 2024. 

Ditampilkan bersama dua model BMW 5 Series tersebut adalah BMW iX1 eDrive20 M Sport serba baharu dan BMW iX2 xDrive30 M Sport yang pertama.

Pengarah Urusan BMW Group Malaysia,  Benjamin Nagel berkata, BMW i5 M60 xDrive dan BMW 520i baharu ini melambangkan komitmen syarikat  dalam menawarkan keseronokan pemanduan yang tiada tandingan dengan ciri unik pemanduan dinamik BMW.

Katanya, kedua-dua model baharu ini bakal meneruskan legasi BMW 5 Series yang telah merekodkan pengeluaran lebih sepuluh juta unit di seluruh dunia sejak pertama kali diperkenalkan pada 1972.

“BMW i5 M60 xDrive serba baharu merupakan gabungan sempurna kemodenan dan prestasi, seperti yang terlihat dalam elemen reka bentuknya. 

“Lebih meningkatkan daya tarikan sporty BMW i5 M60 xDrive serba baharu adalah bahagian eksklusif M Sport Pro, termasuk spoiler belakang M, garis bayang lampu M, garis bayang berglos tinggi M, dan brek M Sport dalam warna merah berkilat,” katanya.

Beliau berkata, BMW i5 M60 xDrive serba baharu mengekalkan tayar aerodinamik 21 inci daripada rangkaian individu BMW untuk menonjolkan gaya atletik pada profil sisinya. 

Beliau berkata, antara warna yang ditawarkan untuk BMW i5 M60 xDrive adalah Black Sapphire Metallic, Mineral White Metallic, Brooklyn Grey Metallic, Phytonic Blue Metallic, Sophisto Grey Metallic, Oxide Grey Metallic, Cape York Green Metallic dan Fire Red Metallic.

“Selain kepelbagaian warna luaran, BMW i5 M60 xDrive baharu ini turut menampilkan pilihan upholsteri premium yang terdiri daripada Leather Merino Black / Atlas Grey, Leather Merino Copper Brown / Atlas Grey serta Leather Merino Silverstone / Atlas Grey,” ujarnya

Sementara itu, BMW berkata, seperti model elektrik saingannya, bahagian luar BMW 520i baharu ini menampilkan reka bentuk yang sama dengan BMW i5, memperlihatkan reka bentuk luaran yang kemas dan sporty. 

“Selain daripada penampilan siluet memanjang yang melengkapkan rekaan harmoni bahagian belakang yang sporty, BMW 520i baharu kini dilengkapi dengan tayar aerodinamik 19-inci baharu berwarna 934 bicolour grey.

“BMW 520i baharu menampilkan reka bentuk dalaman yang sofistikated dengan gabungan harmoni antara fungsi dan gaya elegan,” ujarnya. 

Beliau berkata, anggaran harga (atas jalan, tanpa insurans) untuk BMW i5 M60 xDrive baharu dan BMW 520i baharu adalah masing-masing RM480,000 dan RM340,000. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya