Pisang kukus lemak manis

Pisang kukus lemak manis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
MANISAN berasaskan pisang sentiasa mendapat tempat di hati ramai.
Minggu ini, Seri kongsikan menu klasik, kuih pisang kukus.
Aroma wanginya dan rasa lemak manis menjadikan kuih ini sesuai dihidangkan sebagai sajian minum petang keluarga.
Bahan-bahan:
-Pisang masak secukupnya (semua jenis pisang)
-6 sudu makan tepung beras
-2 sudu makan tepung jagung
-3 sudu makan gula pasir
-1/5 sudu teh garam halus
-1 sudu teh esen vanila
-400 mililiter santan
-Pewarna makanan (jika suka)
-Acuan kecil
Cara penyediaan:
-Dalam satu bekas, satukan tepung beras, tepung jagung, gula pasir, garam halus, esen vanila dan santan. Jika mahu warna lebih menarik, tambahkan sedikit pewarna makanan.
-Kacau adunan sehingga sebati, kemudian masakkan di atas api sederhana sambil terus mengacau sehingga adunan menjadi pekat.
-Sediakan acuan kecil dan letakkan potongan pisang di dalam setiap acuan.
-Tuangkan adunan pekat tadi ke dalam acuan berisi pisang sehingga penuh.
-Kukus selama 25 minit sehingga kuih masak sepenuhnya.
-Angkat dan biarkan kuih sejuk sebelum dikeluarkan daripada acuan.
-Siap untuk dihidang dan dimakan.
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN