Anuar dilantik CEO Ranhill SAJ - Utusan Malaysia

Anuar dilantik CEO Ranhill SAJ

Anuar Abdul Ghani
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Ranhill SAJ melantik Anuar Abdul Ghani sebagai Ketua Pegawai Eksekutif yang baharu berkuat kuasa 16 Mei lalu.

Anuar, 61, yang berkelulusan ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan (Kepujian) daripada Universiti Teknologi Malaysia ( UTM) telah menyumbangkan khidmat lebih 37 tahun dalam industri air.

Beliau juga pernah terlibat dalam peringkat antarabangsa menerusi tugasan ‘due diligence’ dan pengauditan perbekalan air di Arab Saudi, Filipina dan Indonesia.

“Beliau merupakan calon paling sesuai untuk menerajui Ranhill SAJ bagi menguruskan
perkhidmatan perbekalan air bersih di negeri Johor.

“Tambahan lagi, beliau juga memiliki pengalaman yang luas dalam industri air negara serta pengalaman dalam pengoperasian bekalan air bersih di negeri Johor, bakal memacu Ranhill SAJ ke tahap baharu,” demikian menurut Ranhill SAJ kepada Utusan Malaysia.

Misi beliau adalah untuk memastikan Ranhill SAJ terus kekal sebagai operator bekalan air bersih terbaik di Malaysia, meningkatkan imej syarikat, memperkasa serta memanfaatkan kepakaran dan rangkaian dalam industri perbekalan air.

Dengan rekod prestasinya yang baik sebelum ini, Ranhill SAJ yakin Anuar mampu memacu transformasi dalam industri perkhidmatan air menerusi perancangan strategik yang berlandaskan Akta Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara 2006.

Pihak Ranhill SAJ yakin dan percaya bahawa beliau mampu menggalas tugas itu dalam memastikan imej serta peranan Ranhill SAJ sebagai syarikat perkhidmatan utiliti air yang terbaik bagi rakyat di negeri Johor dan dapat menghadapi variasi cabaran mendatang dengan lebih proaktif. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya