Agrobank taja biasiswa RM221,000 kepada lima pelajar cemerlang - Utusan Malaysia

Agrobank taja biasiswa RM221,000 kepada lima pelajar cemerlang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Agrobank menganugerahkan biasiswa sebanyak RM221,000 kepada lima pelajar cemerlang yang melanjutkan pelajaran ke Institusi Pengajian Tempatan (IPT) di Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Agrobank, baru-baru ini.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Agrobank, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, biasiswa itu bertujuan untuk memberi manfaat dari segi bantuan kewangan kepada para pelajar yang memenuhi syarat kelayakan dan rekod akademik yang cemerlang.

Jelasnya, penerima biasiswa ini terdiri daripada pelajar yang melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda dalam jurusan Sains Komputer, Sistem Maklumat, Perakaunan, Sains Statistik dan Ekonomi di universiti tempatan.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Sejak 2023, Agrobank telah menaja sebanyak 39 pelajar terpilih di seluruh negara dan ini merupakan usaha dalam menjalankan tanggungjawab sosial korporat bagi memastikan mereka dapat mengakses pendidikan yang berkualiti,” katanya dalam kenyataan.

Tambah beliau, biasiswa yang ditaja itu turut menyediakan peluang kepada pelajar untuk menyertai pelbagai program dan aktiviti yang dirangka bagi membina rangkaian yang profesional bersama pihaknya.

“Pendidikan yang berkualiti bukan bergantung kepada kebolehan untuk mempelajari teori sahaja, malah pelajar perlu memupuk dan melahirkan insan yang mempunyai sahsiah diri yang baik.

“Oleh itu, penerima biasiswa yang hadir pada hari ini adalah generasi harapan bangsa dan mereka merupakan pelabur terpenting untuk memimpin negara demi menjayakan agenda pembangunan dan kemajuan di masa hadapan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×