WYZauto, Thailand terima dana AS$2.25 juta diterajui Vynn Capital

WYZauto, Thailand terima dana AS$2.25 juta dari Vynn Capital dan pelabur serantau 

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: WYZauto, platform pasaran tayar dalam talian untuk perniagaaan penyelenggaraan berpangkalan di Thailand memperoleh dana sebanyak AS$2.25 juta (RM10.66 juta) diterajui Vynn Capital, firma modal teroka Malaysia khusus untuk sektor mobiliti dan rantaian bekalan.

Syarikat turut menerima dana dari Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), Sime Darby Bhd., Malaysian Venture Capital Management Bhd (Mavcap), AEI Capital dan Vynn Capital serta rakan-rakan serantau lain.

WYZauto berkata, pembiayaan tersebut adalah pertama dari Vynn Capital  juga melibatkan pelabur baharu termasuk Tan Sri Vincent Lee yang menjadi pelabur terawal dalam Carsome serta beberapa pelaburan serantau lagi seperti Idea River Run Sdn. Bhd. dan Oak Drive Ventures.

“Pemegang saham sedia ada, termasuk Kaya Founders berpangkalan di Filipina turut serta dalam pusingan itu,” katanya dalam kenyataan.

Jelasnya, WYZauto meluaskan perniagaan ke Malaysia tahun lalu dan Vynn Capital akan menyokong secara aktif pengembangan WYZAuto di sana.

Katanya, matlamat Vynn Capital untuk memudahkan perkongsian yang saling menguntungkan dan mempercepatkan pertumbuhan WYZauto di pasaran Malaysia dengan menggunakan hubungan sedia ada, terutamanya dalam sektor mobiliti dan rantaian bekalan.

Dalam pada itu, Pengasas WYZauto, Louis Giraud berkata, pendekatan sinergi mobiliti sangat relevan untuk mengoptimumkan industri penyelenggaraan kenderaan.

Sementara itu, Rakan kongsi dan Pengurus Vynn Capital, Victor Chua berkata, sektor penyelenggaraan kenderaan di Asia Tenggara mempunyai ruang untuk pertumbuhan yang ketara.

“WYZauto diletakkan di tempat yang betul dengan menyelaraskan pembekal tayar, kedai membaiki, pengeluar jenama dan lain-lain. Ia membantu meningkatkan kecekapan dan menjimatkan kos untuk semua pihak yang terlibat dalam industri kenderaan,” katanya.

Tambahnya, Vynn Capital mempunyai pandangan optimis terhadap hala laju pertumbuhan syarikat dan berharap untuk menyokong pengembangan berterusan WYZauto di negara-negara seperti Malaysia, Filipina, Indonesia dan Thailand.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×