QSR Brands sahkan KFC ditutup berikutan peningakatan kos

QSR Brands sahkan KFC ditutup berikutan peningkatan kos perniagaan

KFC menutup sementara beberapa cawangan di negara ini berikuan peningkatan kos perniagaan.-GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: QSR Brands, pengendali rangkaian restoran makanan segera Kentucky Fried Chicken (KFC) mengumumkan pihaknya mengambil ‘langkah proaktif’ dengan menutup sementara cawangan untuk menguruskan kos perniagaan yang semakin meningkat.

QSR Brands berkata, pekerja daripada cawangan terjejas ditawarkan peluang untuk berpindah ke cawangan yang lebih sibuk.

“Ia juga sebahagian daripada strategi taktikal untuk mengoptimumkan sumber,” katanya dalam kenyataan.

Bagaimanapun, syarikat tidak menyatakan bilangan cawangan KFC yang ditutup.

Laporan media Nanyang Siang Pau melaporkan lebih 10 peratus cawangan KFC menghentikan operasi, dengan sejumlah 108 kedai ditutup buat sementara waktu setakat 27 April, berdasarkan maklumat di Google Maps.

Peta memaparkan kedai yang kemas kini statusnya dengan ‘ditutup buat sementara waktu’.

Menurut akhbar harian Bahasa Cina itu, terdapat sehingga 21 cawangan di Kelantan ditutup, bersamaan 80 peratus diikuti 15 cawangan di Johor.

Dalam pada itu, laporan oleh The Straits Times ke atas tiga cawangan di Kuala Lumpur iaitu di Jalan Ipoh, Jalan Sultan dan Taman Melawati mendapati terdapat papan tanda ‘ditutup buat sementara waktu’.

Penutupan itu menyusuli boikot selama berbulan-bulan selepas KFC dikaitkan dengan Israel, berlatarkan perang di Gaza.

QSR memaklumkan, KFC menyediakan 18,000 pekerjaan dan kira-kira 85 peratus pekerjanya beragama Islam.

QSR Brands terus menjadi antara pembayar cukai terbesar di Malaysia dan berbangga kerana dapat menyumbang kepada masyarakat melalui KFC Add Hope dan Dana Zakat Wakalah,” katanya.-UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya