PETALING JAYA: PMB Investment Berhad (PMB Investment), anak syarikat sepenuhnya milik Pelaburan MARA Berhad memenangi anugerah Dana Ekuiti Permodalan Besar (Shariah) Terbaik Malaysia di Anugerah Dana Malaysia Morningstar 2024. Pengiktirafan itu membuktikan kesungguhan syarikat dalam pengurusan dananya dan merupakan kemenangan kedua berturut-turut menerusi dana yang sama (Dana Taktikal Syariah PMB). Ketua Pegawai Eksekutif PMB Investment, Mahani Ibrahim berkata, kemenangan itu bukti kesungguhan pengurus dana dan syarikat. “Ia memberi inspirasi kepada…










