SEREMBAN: Syarikat pemaju perumahan dan hartanah, Matrix Concepts Holdings Berhad (Matrix Concepts) melancarkan kediaman jenis vila dengan nilai pembangunan kasar RM135.9 juta menerusi projek terbaharunya, Resort Villa fasa kedua. Projek kediaman dua tingkat serba mewah dan moden di Bandar Sri Sendayan itu terdiri daripada 34 unit vila dan dibangunkan di atas tanah seluas 6.5 hektar. Ketua Pegawai Eksekutif, Kumpulan Matrix Concepts, Chai Keng Wai berkata, pembangunan unit kediaman mewah fasa…










