PETALING JAYA: Kenanga Research mengunjurkan julat pertumbuhan pinjaman dalam sektor perbankan sebanyak 5.5 peratus hingga 6.0 peratus pada 2024. Firma penyelidikan itu berkata, unjuran itu melepasi unjuran Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dalamannya sebanyak 4.5 peratus hingga 5.0 peratus kerana pinjaman isi rumah boleh kekal memberangsangkan. “Tekanan margin faedah bersih (NIM) dijangka berkurangan dengan pertumbuhan pinjaman yang utuh, walaupun dengan panduan menyederhana. “Pelabur dijangka akan berpusu-pusu masuk ke sektor ini,…