Jenis-jenis kaveat di Malaysia

Jenis-jenis kaveat di Malaysia

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DALAM melakukan urusan hartanah, mungkin anda akan mendengar tentang kaveat terutamanya ketika urusan jual beli dilakukan.

Namun begitu, ramai yang yang tidak mengetahui fungsi dan dan jenis-jenis kaveat yang ada di negara ini

Kaveat adalah sekatan atau pendaftaran halangan untuk melindungi kepentingan pihak-pihak tertentu ke atas sesuatu hartanah.

Pada minggu ini, peguam dan rakan kongsi Nazri Azmi Islinda, Datuk Nazri Mustafa berkongsi dengan Ringgit jenis-jenis kaveat yang ada di Malaysia.

 

KAVEAT PENDAFTAR

Kaveat ini dimasukkan oleh pendaftar tanah ke atas dokumen hak milik atas permintaan pihak tertentu, contohnya Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Ini kerana kegagalan membayar cukai pendapatan atau kerana ada cadangan pengambilan tanah oleh pihak kerajaan.

 

KAVEAT PEMEGANG LIEN

Sekatan ini dimasukkan oleh individu atau institusi kewangan yang mana ia memegang suratan hak milik (bebas dari sebarang ikatan/bebanan) sebagai cagaran dan sementara menunggu gadaian didaftarkan. 

Kaveat seperti ini turut memberi kuasa kepada pemegangnya untuk melupuskan hartanah

cagaran melalui lelongan.

 

KAVEAT AMANAH

Kaveat ini pula dimasukkan oleh pendaftar terhadap tanah atau kepentingan yang dimiliki oleh individu atau badan sebagai pemegang amanah.

 

KAVEAT PERSENDIRIAN 

Kaveat persendirian adalah dimasukkan oleh individu atau mana-mana entiti yang mempunyai kepentingan ke atas hartanah.

Ini adalah kaveat yang paling lazim digunapakai oleh pengkaveator.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN