PETALING JAYA: Iconic Worldwide Berhad mengumumkan Pengerusi Eksekutifnya, Datuk Seri Tan Kean Tet kini muncul sebagai pemegang saham kawalan baharu kumpulan. Susulan itu, Iconic Worldwide berkata, pihaknya akan memulakan strategi baharu yang akan membolehkan kumpulan merealisasikan sepenuhnya potensi pembangunan hartanah dan perniagaan pengurusan hospitalitinya. “Berikutan kejayaan usaha korporat kumpulan yang mengumpul hasil kasar RM95.6 juta melalui tawaran saham terbitan hak yang terlebih langganan, kepentingan Kean Tet dalam Iconic Worldwide telah…










