Harga eksport, import Malaysia catat peningkatan positif - Utusan Malaysia

Harga eksport, import Malaysia catat peningkatan positif

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Harga eksport dan import Malaysia, masing-masingnya mencatatkan pertumbuhan yang positif 1.7 peratus dan 0.1 peratus bulan ke bulan sejak Mac lalu.

Ketua Perangkawan, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, indeks seunit eksport meningkat didorong oleh kenaikan indeks minyak galian (4.7 peratus), minyak dan lemak binatang dan sayuran (3.5 peratus) serta alat jentera dan kelengkapan pengangkutan (0.6 peratus).

Ujarnya, indeks volum eksport menokok 13.6 peratus selaras dengan peningkatan indeks bahan mentah tidak boleh dimakan (31.3 peratus), alat jentera dan kelengkapan pengangkutan (24.6 peratus) serta barang keluaran kilang (19 peratus).

Memuatkan artikel berkaitan…

“Menerusi perbandingan tahunan semasa, indeks bagi nilai seunit dapat menunjukkan trend peningkatan iaitu sebanyak 5.1 peratus manakala indeks volum pula berkurang 5.6 peratus,” katanya.

Tambah beliau, indeks nilai seunit import meningkatkan kepada 0.1 peratus pada Mac berbanding bulan sebelumnya, dipacu oleh peningkatan indeks minyak galian (1.6 peratus), minyak & sayuran (0.7 peratus) dan barang keluaran kilang (0.1 peratus).

“Sementara itu, indeks volum import pelarasan bermusim alami penyusutan 0.8 peratus daripada 193.7 mata kepada 192.1 mata.

“Jika dibandingkan dari tahun ke tahun, indeks nilai seunit dan indeks volum import masing-masing berkembang 0.6 peratus dan 11.8 peratus,” jelasnya.

Katanya, terma perdagangan Malaysia juga turut menokok 1.6 peratus bulan ke bulan kepada 115.2 mata pada Mac 2024.

“Perkara ini juga turut didorong oleh kenaikan indeks minyak galian (3.1 peratus), minyak & lemak binatang & sayuran (2.8 peratus) dan alat jentera & kelengkapan pengangkutan (1.2 peratus),” jelasnya.

Indeks Perdagangan Luar Negeri turut melaporkan statistik indeks nilai seunit, indeks volum dan terma perdagangan ini meliputi 10 seksyen komoditi produk barangan yang selaras dengan klasifikasi Standard Perdagangan Antarabangsa (SITC). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN