Andalusia tawar 70,000 tiket penerbangan umrah

Andalusia tawar 70,000 tiket penerbangan umrah

IDA RISWANA (dua dari kiri) dan Che Zakiah Ahmad (tiga dari kiri) bertukar dokumen dalam Majlis Menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) diantara Andalusia dan Saudi Airlines (Saudia) di sini. - UTUSAN/MOHD AMARULLAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Saudi Airlines (Saudia) bagi pembelian 70,000 tiket penerbangan dengan nilai kontrak hampir RM230 juta pada tahun ini.

Pengarah merangkap Penasihat Undang-undang Andalusia, Ida Riswana Idris berkata, setakat ini, sebanyak 11,300 pakej umrah telah dijual bagi ibadah umrah untuk tempoh Julai tahun ini sehingga Mei tahun depan.

“Perjanjian ini merupakan kali pertama selepas Covid-19 dan menyaksikan satu komitmen antara Andalusia supaya lebih banyak menyediakan pakej bersama Saudi Airlines (Saudia) , bukan sekadar bagi ibadah umrah namun, untuk penerbangan umrah ziarah.

“Pada masa yang sama bakal memeterai insentif memberikan kelebihan dari segi hubungan antara Saudi dan andalusia serta komitmen Saudia menyediakan penerbangan yang secukupnya,” katanya kepada pemberita selepas MoU di antara Andalusia dan Saudi Airlines (Saudia) di sini.

Terdahulu, MoU tersebut ditandatangani Andalusia yang diwakili Ida Riswana manakala, Saudia diwakili oleh Che Zakiah Ahmad.

Jelas beliau, permintaan pakej umrah Andalusia mengalami permintaan sebanyak 100 peratus.

“Sehubungan itu, pihak Andalusia akan menggerakkan seluruh kakitangan syarikat melibatkan 53 cawangan dan hampir 1,500 pegawai pemasaran untuk membuka jalan kepada lebih ramai umat Islam untuk mengerjakan umrah.

“Objektif Andalusia iaitu bagi menyantuni seramai mungkin para dhuyufurrahman, tetamu Allah mengerjakan umrah dan haji,” katanya.

Pada yang sama, Ida Riswana turut menyasarkan kerjasama bersama agensi pelancongan lain di Malaysia dan Indonesia untuk bekerjasama dengan Andalusia.

Dalam pada itu, beliau memberi jaminan bahawa penerbangan bagi pakej umrah Andalusia berjalan mengikut jadual.

“Apabila Andalusia menyediakan pakej umrah ini terjamin dan tidak ada keraguan misalnya keraguan dan tiket dan sebagainya,” katanya.

Dalam pada itu, Ida Riswana berkata, Andalusia tidak membatalkan sebarang pakej umrah dan haji berikutan ketegangan geopolitik semasa di Asia Barat ketika ini.

“Setakat ini, tiada pembatalan malah, ramai (jemaah) yang hendak melaksanakan haji dan umrah. Alhamdulillah, tiada sebarang asbab dan tiada kegusaran berikutan peperangan (konflik Asia Barat).

“Setakat ini juga hampir 800 jemaah Andalusia berada di Mekah dan Madinah malah ramai juga yang telah merancang untuk mengerjakan umrah tahun ini yang mana pakej Andalusia bermula pada 11 Julai depan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN