Zafrul akan bertemu CEO Microsoft

Zafrul akan bertemu CEO Microsoft untuk menjadikan Malaysia hab digital ASEAN

TENGKU ZAFRUL TENGKU ABDUL AZIZ
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia akan bekerjasama dengan Microsoft untuk  menjadikan negara sebagai hab digital ASEAN.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft, Satya Nadella akan berkunjung ke Malaysia tidak lama lagi bagi mengukuhkan kerjasama tersebut.

“Inisiatif Kekal Bersama Malaysia akan menyaksikan kerjasama Malaysia dan Microsoft untuk jadikan negara kita hab digital ASEAN.

“Teruja untuk bekerjasama lebih dekat lagi dengan Microsoft bagi memacu kepimpinan Malaysia dalam arena digital ASEAN,” katanya dalam hantaran dalam akaunnya di platform X di sini hari ini.

Satya dijadualkan menyampaikan ucaptama pembukaan era baharu kecerdasan buatan (AI) pada Microsoft Build: AI Day di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur pada 20 Mac ini.

Dalam hantaran berbeza, Tengku Zafrul yang kini dalam lawatan kerja di Jerman memberitahu, beliau juga mengadakan perbincangan dengan BMW dan ams Osram berkaitan perancangan masa depan kedua-dua syarikat tersebut di Malaysia.

“Saya sepatutnya ke Munich untuk bertemu wakil syarikat BMW dan ams Osram tetapi disebabkan mogok di Lapangan Terbang Berlin, delegasi MITI terus ke Hamburg dan mesyuarat terpaksa diteruskan secara panggilan video sahaja.

“Kedua-dua syarikat ini telah pun bertapak di negara kita dan perbincangan kami berkisar tentang perancangan masa depan mereka. 

“MITI sentiasa bersedia untuk mendengar dan memudahcara keperluan para pelabur di Malaysia,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya