Gas Malaysia, Tokyo Gas mula operasi CHP di Pulau Pinang

Usaha sama Gas Malaysia, Tokyo Gas mula operasi CHP di Pulau Pinang

gas
LOJI gabungan haba dan kuasa (CHP) oleh Gas Malaysia untuk Fatty Chemical (Malaysia) Sdn. Bhd. (FCM) di Prai, Pulau Pinang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Usaha sama Gas Malaysia Berhad dan Tokyo Gas Engineering Solutions Corporation (TGES) telah memulakan operasi loji gabungan haba dan kuasa (CHP) untuk pelanggan ketiganya, Fatty Chemical (Malaysia) Sdn. Bhd. (FCM) di Prai, Pulau Pinang.

Ahli kumpulan MMC Corporation Berhad (MMC) itu berkata, syarikat usaha samanya, Gas Malaysia Energy Advance Sdn. Bhd. (GMEA) memeterai perjanjian bersama FCM pada Mac 2022, merangkumi penyediaan tenaga sehingga 6.7MW kuasa dan 35 tan wap sejam bagi tempoh 15 tahun.

Ujarnya, teknologi CHP berpotensi dapat mengurangkan hampir 18,000 tan karbon dioksida setiap tahun, sekali gus memberi sumbangan besar kepada FCM untuk mencapai matlamat kelestarian dalam industri.

“Teknologi yang dikenali sebagai penjanaan bersama itu dirujuk sebagai sistem CHP yang menghasilkan kedua-dua elektrik dan haba daripada satu sumber bahan api.

“Ia menjana elektrik dan kemudian menangkap haba supaya tidak dibazirkan dapat digunakan untuk kegunaan lain,” katanya dalam kenyataan.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Gas Malaysia, Ahmad Hashimi Abdul Manap berkata, teknologi CHP dapat menigkatkan kecekapan tenaga di seluruh landskap pelbagai jenis perindustrian.

“Sistem CHP memenuhi keperluan pelanggan sektor industri yang memerlukan tenaga elektrik dan tenaga haba yang berguna seperti wap atau air panas.

“Memandangkan industri memberi penekanan yang lebih besar terhadap penggunaan bertanggungjawab terhadap persekitaran amalan perniagaan, sistem CHP diyakini boleh dijadikan harapan ke arah melestarikan alam sekitar,” katanya.

Kata beliau, setelah bertapak kukuh dalam industri selama lebih tiga dekad, Gas Malaysia memanfaatkan pengalaman yang ada mengukuhkan kedudukannya dalam sektor penjanaan bersama, sejajar dengan pelan perniagaan strategik 10 tahunnya yang dikenali sebagai GM32.

Mengulas lanjut, katanya sistem CHP mampu menangani cabaran untuk memenuhi permintaan tenaga dan mengurangkan kesan alam sekitar.

Justeru itu, beliau berkata kumpulannya akan kekal optimistik dengan penggunaan teknologi CHP dalam sektor perindustrian secara progresif. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×