PETALING JAYA: SIRIM Berhad menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan The National Institute of Standards and Industrial Technology (NISIT) Papua New Guinea (PNG) untuk menubuhkan Sistem Piawaian Kebangsaan yang komprehensif dan mendorong pembangunan industri di Papua New Guinea. Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan SIRIM Berhad, Datuk Indera Ir. Dr. Ahmad Sabirin Arshad berkata, matlamat MoU itu untuk menyokong penyeragaman dan meningkatkan produktiviti industri di Papua New Guinea dengan menyediakan pelbagai perkhidmatan seperti…