SHARIFAH jenama produk pes, makanan sedia dimasak halal

SHARIFAH jenama produk pes, makanan sedia dimasak halal

NASI goreng kampung yang dikeluarkan oleh jenama SHARIFAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: SHRF Food Industries Sdn. Bhd. (SHRF Food Industries), merupakan syarikat pengeluaran produk pes makanan, makanan sedia dimasak dan makanan sedia dimakan di bawah jenama SHARIFAH mengekalkan pengukuhannya di pasaran tempatan dan antarabangsa dengan sijil halal.

Pengarah Urusannya, Ro­hani Borhan, berkata, produknya itu telah memperolehi sijil halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) pada 2011.

Katanya, sijil perakuan halal amat penting kerana bukan sahaja mempunyai piawaian terhadap produk, malah meliputi kepada cara pemprosesan produk yang dikeluarkan.

“Selain membuka jalan kepada perniagaan kami, sijil halal turut membuatkan pelanggan merasa yakin dengan kebersihan produk terutama makanan yang dikeluarkan oleh SHARIFAH,” ujarnya kepada Utusan Malaysia.

Jelas Rohani, buat masa ini, SHARIFAH menawarkan sembilan jenis makanan sedia dimakan, satu jenis nasi briyani sedia dimasak dan lapan jenis pes masakan.

“Produk SHARIFAH diproses menggunakan teknologi retort yang membolehkan produk mempunyai jangka hayat selama dua tahun di dalam suhu bilik dan tanpa menggunakan bahan pengawet,” katanya.

Rohani menambah, dengan perakuan halal Jakim, produk SHARIFAH telah berjaya memasuki pasar raya tempatan dan antarabangsa.

“Produk SHARIFAH boleh didapati di Mydin, Lotus’s, ST Rosyam Mart dan AEON Big,” katanya.

“Bagi pasaran antarabangsa pula, kami telah berjaya menembusi pasaran beberapa negara termasuk Singapura, Brunei, Thailand, Indonesia, China, kanada, Australia dan Korea.

Mengulas lanjut mengenai perancangan masa hadapan, Rohani berkata, SHARIFAH membuat aktiviti pemasaran di China yang mempunyai permintaan yang tinggi untuk produk halal. 

“Di Arab Saudi fokus kami adalah untuk membekalkan makanan sedia dimakan untuk jemaah haji dan umrah,” katanya.

“Kami juga dalam perancangan untuk meletakkan produk sedia dimakan di mesin layan diri yang akan memanfaatkan pengguna yang tidak ada masa untuk menyediakan makanan,” ujarnya.

Tambahnya, produk SHARIFAH boleh dibeli dengan promosi istimewa Kombo Ramadan serendah RM55 sahaja sempena Ramadan ini.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN