PETALING JAYA: Ringgit meneruskan momentum positif untuk dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini dan bertambah baik berbanding sekumpulan mata wang utama lain dan ASEAN, disokong oleh kenyataan Bank Negara Malaysia (BNM) mengenai penilaian nota tempatan itu. Pada pukul 9 pagi, ringgit naik kepada 4.7370/7410 berbanding dolar AS berbanding 4.7400/7455 pada penutup semalam, memetik laporan Bernama. Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd., Dr. Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, BNM secara…