PETALING JAYA: Kumpulan QES Berhad (QES) memperkukuh kepimpinan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) melalui kilang pembuatan baharu bernilai RM40 juta di Taman Perindustrian Batu Kawan, Pulau Pinang (QES 2@BKIP). QES 2@BKIP direka bagi meminimumkan kesan terhadap alam sekitar dan melaksanakan penyelesaian tenaga yang boleh diperbaharui serta dijangka mencipta 100 peluang pekerjaan berkualiti tinggi dalam tempoh tiga tahun. Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Perindustrian (MITI), Tengku Datuk Seri Utama Zafrul…