PETALING JAYA: Pelabuhan Tanjung Pelepas Sdn. Bhd. (PTP) menandatangani perjanjian dengan Sany Marine Heavy Industry Co. Ltd untuk mendapatkan enam unit kren pangkalan Kapal Kontena Ultra Besar (ULCV). Perjanjian itu ditandatangani oleh Ketua Pegawai Eksekutif PTP, Mark Hardiman dan Ketua Pegawai Eksekutif Sany Marine, Jeff Fu pada 23 Februari lalu. Pengerusi PTP, Tan Sri Che Khalib Mohamad Noh dalam satu kenyataan berkata, pihaknya berbesar hati untuk menjalinkan kerjasama strategik dengan…