PETALING JAYA: Inisiatif tenaga solar Proton Tanjung Malim yang terdiri daripada kemudahan panel solar dwi muka tempat letak kereta terbesar di Malaysia memenangi tempat pertama dalam kategori tenaga boleh baharu dalam Anugerah Tenaga Nasional (NEA) 2023. Anugerah tersebut dimenangi di bawah segmen atas grid (Grid Nasional). Pengadaptasian tenaga hijau, yang dilancarkan dua tahun lalu telah membolehkan Proton bukan sahaja mencapai, tetapi melepasi matlamat awalnya yang mampan. Ketua Pegawai Eksekutif Proton,…










