Pencarum teruja, harap dividen KWSP 2023 lebih tinggi

Pencarum teruja, harap dividen KWSP 2023 lebih tinggi

KWSP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dijangka mengumumkan dividen 2023 pada Ahad ini, dijadual diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif baharunya, Ahmad Zulqarnain Onn.

Pada tahun lalu, KWSP meng­umumkan dividen 2022 seba­nyak 5.35 peratus bagi Simpanan Konvensional dan 4.75 peratus bagi Simpanan Shariah.

Bagi 2023, penganalisis menjangkakan KWSP akan mengumumkan dividen pada kadar 5.5 peratus hingga 6.5 peratus, lebih baik berbanding dividen yang diberikan pada 2022.

Bagi tempoh sembilan bulan berakhir 30 September 2023, KWSP merekodkan jumlah pendapatan pelaburan sebanyak RM47.86 bilion, naik 33 peratus daripada RM36.04 bilion yang dicatatkan dalam tempoh yang sama pada 2022.

Justeru itu, ramai pencarum yang teruja menunggu pengumuman itu dan mengharapkan dividen yang lebih tinggi berbanding 2022.

MOHAMAD IKRAM HAFIZI

Pekerja Swasta, Mohamad Ikram Hafizi Khirun Nizam, 27 berkata, beliau mengharapkan KWSP dapat memberikan dividen tahunan melebihi 5.5 peratus untuk 2023.

Katanya, hal itu tidak hanya memberikan keuntungan yang lebih tinggi kepada pencarum, tetapi turut mencerminkan pres­tasi yang baik daripada pengurusan dana KWSP.

“Saya letak harapan yang tinggi untuk dividen yang tinggi kerana ia semestinya akan mencerminkan kepercayaan terhadap kecekapan pengurusan dana KWSP dalam menghasilkan hasil pelaburan yang optimal,” ujarnya ketika dihubungi Utusan Malaysia.

Bagi Pegawai Perikanan, Muhammad Izzuddin Rosli, 26, beliau teruja dengan harapan untuk mendapatkan dividen KWSP tinggi dan menjangka boleh mencecah 7.0 peratus.

Izzuddin berkara, dividen yang tinggi itu akan memberi keuntungan tambahan kepada simpanannya serta membantu meningkatkan nilai pelaburan KWSP.

Tambahnya, dividen yang diharapkan dapat memberikan pulangan yang baik dan mening­katkan nilai simpanan.

Penganalisis data, Muhammad Rajiesz Isnani, 23, pula berpendapat, jangkaan dividen KWSP itu membuatnya berasa yakin bahawa pelaburan di KWSP akan memberikan pula­ngan yang menggalakkan.

“Dividen yang tinggi ini akan menjadi tambahan kepada sumber kewangan saya untuk perancangan masa depan,” katanya.

Dalam pada itu, Penerbit Junior Majalah Swasta, Suria Nur Amira, 27, berkata, beliau berkeyakinan jangkaan dividen yang tinggi yang didorong oleh prestasi pelaburan KWSP.

Suria berkata, dividen yang tinggi itu semestinya membantu menyokong matlamat kewa­ngannya dan berharap dapat meraih pulangan yang tinggi. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×