Maxis, Huawei perluas kerjasama 5.5G - Utusan Malaysia

Maxis, Huawei perluas kerjasama 5.5G

FAHMI Fadzil (tengah) menyaksikan Seow Eng dan Sun bertukar dokumen MoU dimeterai di Kongres Mudah Alih Dunia 2024 - Gambar ihsan Maxis
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Maxis Berhad (Maxis) dan Huawei Technologies (Malaysia) Sdn. Bhd. (Huawei Malaysia) menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bagi mempercepatkan penerimagunaan 5G-Advanced (5.5G).

Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Goh Seow Eng berkata, kerjasama itu merangkumi pelbagai bidang untuk memacu pengkomersialan dan penggunaan 5.5G, termasuk kes penggunaan, teknologi-teknologi utama, evolusi teknologi dan ekosistem.

Katanya, Maxis mengalu-alukan peluang membangunkan penyelesaian yang memberi impak bermakna dengan memanfaatkan teknologi 5.5G.

“Ia termasuk peningkatan dalam kelajuan, kapasiti sambungan besar-besaran dan penambahbaikan dalam kependaman ditawarkan 5.5G untuk menyediakan penyelesaian membawa faedah serta pengalaman pelanggan yang lebih baik,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, kedua-dua syarikat akan memanfaatkan cerapan rangkaian 5.5G untuk mengenal pasti peluang dalam penyelesaian dan pengoptimuman bisnes dibolehkan oleh 5G dan 5.5G untuk para pengguna serta perniagaan, termasuk perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

“Ia termasuk peluang untuk penggunaan teknologi-teknologi utama berkenaan dengan operasi digital, penghirisan rangkaian dan kemampuan rangkaian yang diprogram.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif Huawei Malaysia, Simon Sun berkata, kerjasama itu akan memastikan Malaysia dikenali di persada global sebagai peneraju infrastruktur digital serantau.

Jelas Simon, ia turut membuktikan bahawa kemudahan digital dan persekitaran kondusif Malaysia adalah antara yang terbaik untuk menarik dan mengekalkan minat pelabur asing.

“Sebagai peserta ekosistem utama, Maxis dan Huawei akan mengkaji evolusi spektrum dan teknologi masa depan berkenaan 5.5G.

“Kami akan memberi cadangan sejajar dengan kes bisnes dan kesediaan ekosistem serta diselaraskan dengan polisi Kerajaan Malaysia agar dapat memupuk perkembangan 5.5G di dalam negara,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×