Kenaikan dividen Simpanan Syariah KWSP tarik ramai pencarum - Utusan Malaysia

Kenaikan dividen Simpanan Syariah KWSP tarik ramai pencarum

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kenaikan dividen untuk Simpanan Syariah merupakan usaha Kumpulan Simpanan Wang Pekerja (KWSP) bagi menarik ramai pencarum memilih simpanan yang murni dan halal, kata penganalisis ekonomi.

Semalam, KWSP mengumumkan dividen Simpanan Syariah 2023 mengecil 0.1 peratus kepada 5.4 peratus berbanding 5.5 peratus dividen bagi Simpanan Konvensional.

Ia menunjukkan pengecilan jurang daripada hanya 4.75 peratus dividen Simpanan Syariah dicatat pada 2022 berbanding 5.35 peratus bagi Simpanan Konvensional pada tahun sama.

Penganalisis Ekonomi UniKL Business School, Prof. Madya Dr. Aimi Zulhazmi Abdul Rashid berkata, simpanan konvensional boleh dilaburkan di semua bentuk portfolio, namun pelaburannya mempunyai had.

“Ramai yang memilih simpanan syariah akan menyebabkan saiz dan keupayaannya lebih besar serta melebarkan risiko dengan lebih kecil apabila mempunyai skala ekonomi.

“Saya berharap, pencarum beragama Islam akan lebih ramai bagi membantu KWSP meningkatkan lagi dividen bagi simpanan syariah,” katanya.

Jelas Aimi Zulhazmi, pembayaran dividen simpanan syariah RM7.48billion adalah lebih kecil dari simpanan konvensional iaitu RM50.33bilion.

“Ini menunjukkan masih kecil lagi saiz simpanan syariah KWSP dan masih ramai lagi orang Islam yang masih belum menukar kepada simpanan itu,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×