Ekonomi gig hadapi cabaran permintaan gaji tinggi

Ekonomi gig hadapi cabaran permintaan gaji tinggi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Fastco Malaysia menjangkakan prospek ekonomi gig tahun ini menghadapi cabaran berikutan peningkatan permintaan daripada pekerja gig untuk gaji yang lebih tinggi, menambah tekanan kepada syarikat pengendali platform dan majikan.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas FastCo, Julian Tan berkata, syarikat pengendali platform perlu melaraskan model perniagaan untuk menampung permintaan gaji yang lebih tinggi, sekali gus memastikan kemapanan jangka panjang operasi mereka.

Beliau berkata, ia boleh melibatkan pengubahsuaian dalam strategi penetapan harga, peningkatan dalam kecekapan operasi atau tumpuan meningkatkan kualiti perkhidmatan untuk menarik serta mengekalkan pekerja gig berkaliber tinggi.

“Oleh itu, adalah penting kerajaan menyegerakan penubuhan Suruhanjaya Ekonomi Gig Malaysia (SEGiM) untuk meningkatkan perlindungan sosial dan kebajikan pekerja dalam industri,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Jelas Julian, SEGiM menandakan kerajaan mengiktiraf sektor ekonomi gig yang semakin meningkat di Malaysia meskipun menghadapi cabaran.

“Ini satu langkah positif kerana menunjukkan dedikasi kerajaan untuk menangani cabaran yang dihadapi oleh pekerja gig.

“Ia mampu mewujudkan peraturan dan dasar komprehensif yang disesuaikan dengan ekonomi gig, selaras dengan sokongan dan advokasi sejak awal penubuhan kami,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, FastCo sebagai pihak profesional dalam industri yang mengendalikan platform pekerjaan gig, FastGig, mengalu-alukan cadangan suruhanjaya itu dengan melihatnya sebagai peluang kepada kedua-dua pekerja dan penyedia platform untuk mendapat manfaat daripada garis panduan yang lebih jelas.

Tambah Julian, kejelasan dasar itu sudah pasti akan memupuk persekitaran yang lebih prihatin terhadap pekerja gig, memastikan hak dan kesejahteraan mereka dilindungi secukupnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×