KUALA LUMPUR: Aset pelaburan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terus mencatat pertumbuhan kukuh sebanyak RM1,135.82 bilion, naik 13 peratus berbanding RM1,002.67 bilion pada 2022. Peningkatan itu merangkumi pendapatan yang dijana daripada portfolio dan jumlah caruman diterima pada 2023 berjumlah RM97.56 bilion, naik 15 peratus berbanding RM84.78 bilion pada 2022. Pengerusi KWSP, Tan Sri Ahmad Badri Mohd. Zahir berkata, KWSP berupaya memberikan hasil dividen yang lebih baik berikutan prestasi berdaya tahan…










