UEM Edgenta rekod hasil RM2 bilion, isytihar dividen 2 sen

UEM Edgenta rekod hasil RM2 bilion, isytihar dividen 2 sen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: UEM Edgenta Berhad (UEM Edgenta) melaporkan penyampaian hasil yang lebih baik bernilai 14.1 peratus untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2023 (TK2023), berbanding RM2.5 bilion  tahun sebelumnya.

UEM turut mengisytiharkan dividen interim satu peringkat sebanyak 2 sen sesaham biasa untuk FY2023.

Ketua Pegawai Eksekutif UEM Edgenta, Syahrunizam Samsudin berkata, UEM Edgenta menunjukkan pertumbuhan hasil teguh tertinggi tahun 2023 dalam tempoh enam tahun.

“Ia didorong oleh kadar pembaharuan kontrak yang tinggi dan pesanan kerja (work order) yang direalisasikan daripada perolehan kontrak tahun ke tahun,” katanya dalam kenyataan

Katanya, margin keuntungan disederhanakan kerana inflasi penolakan kos dan peningkatan berterusan kos bahan mentah serta buruh yang memberi kesan secara langsung.

Beliau berkata, sebahagian daripada impak itu telah dikurangkan melalui strategi kepelbagaian portfolio pelbagai sektor dan kepelbagaian geografi, disokong oleh penjimatan dan mengoptimumkan pengurusan rantaian bekalan.

Berdepan dengan tekanan inflasi global dan peningkatan kos operasi, keuntungan Syarikat itu sederhana dan menghasilkan keuntungan selepas cukai TK2023 sebanyak RM30.1 juta, penurunan sebanyak 34.1 peratus berbanding RM45.7 juta pada TK2022.

Pada suku keempat tahun fiskal 2023, UEM Edgenta melaporkan hasil sebanyak RM806.9 juta, peningkatan daripada pendapatan suku sebelumnya sebanyak RM710.5 juta.

Walau bagaimanapun, keuntungan bersih susut sebanyak 92.9 peratus suku-ke-suku rentetan daripada cabaran yang didorong tekanan inflasi berbanding keuntungan sebanyak RM21.0 juta pada suku sebelumnya.

Meskipun mengalami kemerosotan keuntungan, UEM Edgenta mengekalkan kedudukan kewangan yang sihat dengan nisbah penggearan rendah sebanyak 0.3 kali dan tunai serta baki bank berjumlah RM644.2 juta pada 31 Disember 2023. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×