Sunway tambah baik infrastruktur SMK Subang Jaya

Sunway tambah baik infrastruktur SMK Subang Jaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sunway Group (Sunway) telah menyiapkan kerja-kerja penambahbaikan infrastruktur di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Subang Jaya baru-baru ini, satu inisiatif tanggungjawab sosial korporatnya (CSR).

Menurut kenyataannya, program CSR tersebut membentuk sebahagian daripada usaha pengayaan komuniti Sunway yang berterusan melalui Yayasan Jeffrey Cheah.

Katanya, perkarangan sekolah semakin rosak dan tidak rata akibat genangan air hujan yang berpanjangan, mengganggu perhimpunan pagi dan aktiviti pelajar secara berkala.

Sunway Paving Solutions, bekerjasama dengan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), pengetua sekolah dan pejabat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Subang Jaya, Michelle Ng untuk memasang penurap yang direka bentuk untuk menahan cuaca ekstrem.

Timbalan Pengerusi Sunway Group, Tan Sri Razman Hashim berkata, Sunway meraikan ulang tahun ke-50 tahun ini dan tonggak utama kejayaan Kumpulan sepanjang lima dekad yang lalu ialah sokongan yang diterima daripada komuniti.

“Subang Jaya dan penduduknya telah menjadi satu daripada juara terawal dan terbesar Sunway, ketika kami berkembang daripada sebuah syarikat perlombongan bijih timah menjadi salah satu konglomerat terkemuka di Asia Tenggara.

“Kami akan terus bekerjasama dengan guru dan ibu bapa yang melabur dalam sistem pendidikan kami, kerana mereka menyediakan asas untuk membina komuniti dan negara yang bertenaga dan berjaya,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Sunway dan Yayasan Jeffrey Cheah telah menyumbang lebih RM50 juta setakat ini untuk pembangunan dan penambahbaikan beberapa sekolah awam di seluruh negara.

“Ini termasuk lapan sekolah angkatnya seperti Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) (Cina) Gunong Hijau di Pusing, Perak, SJK(C) Cheah Fah di Sunway City Iskandar Puteri, Johor serta Sekolah Kebangsaan Bandar Sunway dan SMK Bandar Sunway di Sunway City Kuala Lumpur,” tambahnya.

Mengguna pakai model perusahaan sosial, yayasan adalah yang terbesar seumpamanya dalam memajukan pendidikan di Malaysia dan telah menganugerahkan lebih RM670 juta biasiswa kepada beribu pelajar muda yang layak setakat ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN