Sijil halal posisikan pasaran syampu rambut Aura Hijab

Sijil halal posisikan pasaran syampu rambut Aura Hijab

MOHD. Redzwan Shujaudin menunjukkan produk keluaran syarikatnya ketika ditemui baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Pensijilan halal yang diterima daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) membantu syarikat Be One Excel Sdn. Bhd. memposisikan produk syampu rawatan rambut di bawah jenamanya Aura Hijab di pasaran tempatan dan juga luar negara.

Pengasasnya, Mohd. Redzwan Shujaudin, 39, berkata, dua produknya iaitu syampu rawatan dan hair booster mist masing-masing telah pun mempunyai sijil halal pada 2017 dan 2019.

Menurutnya, menyedari kepentingan pemilikan sijil halal menjadikan perkara itu sebagai keutamaan syarikat sejak produk syampu dibawah jenama Aura Hijab dilancarkan pada 2016.

“Ia juga dilihat sebagai salah satu strategi terbaik dalam mempermudahkan pengembangan produk dan jenama sekaligus menyakinkan para pengguna yang cakna tentang perkara tersebut (sijil halal).

“Bersesuaian­ dengan para pengguna kami yang dalam kalangan wanita berhijab, sememangnya perkara itu menjadi keutamaan mereka juga dalam menggunakan sesuatu bahan yang telah diiktiraf kebersihannya.

“Walaupun produk kami di bawah kategori penjagaan diri kesihatan dan kecantikan, mendapatkan sijil halal adalah perkara yang penting sebaik kami memasuki pasaran. Ia bukan untuk berniaga semata-mata tetapi juga sebagai tanda hormat dan komitmen kepada nilai dan kehendak pengguna kami yang kebanyakannya wanita berhijab,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Dalam pada itu, beliau berkata, syarikat memper­kenalkan pelbagai segmen produk yang terdiri daripada tiga jenis kate­gori untuk meme­nuhi keperluan kecantikan pe­langgan.

Ia terdiri daripada set ­rawatan penjaga­an ­rambut syam­pu ra­wa­tan 3 dalam 1 Aura Hijab iaitu merangkumi perapi serta wangian, hair booster mist dan tonik rambut.

Bercerita mengenai di awal kemunculan perniagaan, kata Mohd. Redzwan, semuanya bermula daripada penglibatannya menerusi pasaran dalam talian.

“Permulaan perniagaan saya adalah pada 2013 dimana saya bermula berniaga dalam talian secara sambilan, sehinggalah pada 2015 saya mula mengeluarkan produk di bawah jenama sendiri iaitu Aura Hijab.

“Pemilihan mengeluar­kan produk syampu di­sebabkan saya melihat masalah rambut gugur yang dialami oleh isteri. Bertitik tolak dengan itu, saya mengeluarkan syampu ra­watan rambut jenama sendiri yang pada masa sama membantu masalah

keguguran rambut dan rambut berbau yang seringkali membe­lenggu wanita terutamanya yang berhijab.

“Sejak dipasarkan, Alhamdulillah, produk kami mendapat sambutan menggalakkan daripada pengguna dan produk yang diusahakan telahpun menembusi pasaran luar negara seperti Singapura,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN