PETALING JAYA: Rizab antarabangsa Bank Negara Malaysia (BNM) susut 0.26 peratus kepada AS$114.8 bilion (RM543.85 bilion) setakat 31 Januari 2024, berbanding AS$115.1 bilion (RM545.27 bilion) pada 15 Januari lalu. Bank Pusat itu dalam kenyataan berkata, kedudukan rizab mencukupi untuk membiayai 5.4 bulan import barangan dan perkhidmatan dan satu kali jumlah hutang luar negara jangka pendek. Menurut BNM, jumlah aset berjumlah RM632.12 bilion, terdiri daripada emas dan pertukaran wang asing serta…










