MUKADIMAH Kebanyakan daripada kita, resit membeli-belah yang diterima daripada juruwang akan dibuang begitu sahaja. Bagaimana jika kita tukar setiap resit pembelian itu menjadi ganjaran dengan memuat naik resit berkenaan ke dalam aplikasi? Bunyinya agak pelik. Namun, ia boleh dilaksanakan dengan kewujudan platform BeeBag, hasil inovasi dua anak muda yang juga rakan sekuliah. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Bersama BeeBag, Joshua Lim, BeeBag adalah platform penglibatan pengguna yang mengumpul dan…










