PETALING JAYA: Prudential BSN Takaful Berhad (PruBSN), memperkenalkan PruBSN WarisanGold, pelan warisan inovatif yang dirumus untuk melindungi keluarga ahli daripada terkesan daripada impak risiko kewangan dan situasi yang tidak terduga.
Pelancaran pelan baharu itu susuhan kejayaan produk sebelumnya iaitu PruBSN WarisanPlus.
Ketua Pegawai Eksekutif PruBSN Takaful Berhad, Wan Saifulrizal Wan Ismail berkata, PruBSN WarisanGold membuktikan komitmen Kumpulan untuk melindungi rakyat Malaysia.
Katanya, pelan yang ditambah baik itu merupakan siri ketiga bagi solusi takaful PruBSN Warisan yang telah dilancarkan sejak 2016.
“Sehingga 2023, kami telah dan akan terus melindungi lebih daripada 200,000 individu, dengan nilai jumlah perlindungan sebanyak RM84 bilion. Sehingga hari ini, jumlah tuntutan yang diluluskan bagi perlindungan ini telah mencecah lebih daripada RM160 juta.
“Dengan keadaan semasa, di mana rakyat berhadapan dengan kenaikan kos sara hidup dan pelbagai kerisauan, adalah amat penting bagi kita untuk mengamalkan strategi kewangan yang sesuai.
“PruBSN WarisanGold mencerminkan komitmen kami untuk membantu memupuk daya tahan kewangan, memberikan pelanggan kami masa depan yang lebih terjamin dan tenang untuk diri mereka dan juga insan tersayang,” katanya dalam kenyataan.
Dengan perlindungan yang komprehensif, pelan ini menawarkan pelbagai manfaat, termasuk perlindungan bernilai tinggi bagi kematian, peningkatan automatik dalam jumlah perlindungan, bonus warisan dan pelbagai manfaat tambahan lain.
Elemen-elemen yang dirangka dengan teliti itu bertujuan menangani kebimbangan keluarga, dalam memastikan masa depan kewangan mereka kekal terjamin di sebalik ketidaktentuan dalam kehidupan.
PruBSN WarisanGold mensasarkan segmen pasaran yang lebih luas termasuk keluarga muda dan matang yang mencari produk perlindungan terbaik.
“Dengan tawaran Hibah Takaful yang inovatif, pelan ini memastikan dalam situasi yang sukar, waris mereka dapat menghadapi cabaran kehidupan dengan kedudukan kewangan yang terjamin,” jelas Syarikat itu. – UTUSAN










