PETALING JAYA: Pos Malaysia Berhad (Pos Malaysia), mencatatkan peningkatan sebanyak 17.1 peratus dalam kerugian sebelum cukai sebanyak RM140.7 juta bagi tahun kewangan 2023 berbanding tempoh yang sama tahun sebelumnya. Hasil Kumpulan juga menurun sebanyak 4.6 peratus kepada RM1.87 bilion. Bagi suku keempat berakhir 31 Disember 2023, Kumpulan melaporkan hasil sebanyak RM461.6 juta, penurunan sebanyak 1.21 peratus berbanding suku yang sama 2022. “Walau bagaimanapun, Kumpulan berjaya mengurangkan kerugian suku keempat sebelum…










