PETALING JAYA: Pakar-pakar ekonomi sepakat dengan menjangkakan kadar dividen Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) 2023 lebih tinggi berbanding 2022. Malah ada pakar ekonomi yang menjangkakan dividen KWSP 2023 boleh mencapai setinggi 6.5 peratus, mengambil kira prestasi dana pencen itu sepanjang tahun lalu. KWSP dijadual akan mengumumkan prestasi kewangan dan kadar dividen 2023 pada Ahad ini. Rekod di laman web KWSP menunjukkan, dividen paling tinggi pernah diberikan adalah sebanyak 8.5 peratus…










