MELAKA: Kerajaan negeri bersedia bekerjasama dengan Invest Malaysia Facilitation Centre (IMFC) sebagai pusat pemudah cara berkaitan pelaburan di bawah Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) untuk meningkatkan pelaburan di Melaka. Ketua Menteri, Datuk Seri Ab. Rauf Yusoh berkata, MIDA Melaka dan Invest Melaka Berhad (Invest Melaka) akan memberi kerjasama penuh kepada IMFC dan menyokong Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030. Menurutnya, perkara itu amat penting dalam menjadikan Melaka sebagai negeri mesra pelabur…