Majestic Gen umum 15 projek dengan GDV RM3.3 bilion

Majestic Gen umum 15 projek dengan GDV RM3.3 bilion

Pengarah Eksekutif Majestic Gen, Ta Wee Dher (dua, kanan) dan Pengarah Urusan nasihat dan Transaksi, Puan Sri Lim Chai Yin (dua kiri) pada sesi fotografi semasa Majlis Pelancaran Rasmi Majestic Gen di EQ Hotel, Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN/AMARULLAH ZAINUZZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Majestic Gen mengumumkan perancangan untuk melancarkan sejumlah 15 projek dengan Nilai Pembangunan Kasar (GDV) sebanyak RM3.3 bilion.

Ketua Pegawai Eksekutif Majestic Gen, Datuk Hoo Kim See berkata, 15 projek itu merangkumi enam projek bagi tahun 2024 dan sembilan projek bagi tahun 2025.

Jelasnya, Syarikat itu telah menyiapkan projek bernilai GDV sejumlah RM1.7 bilion sehingga kini.

Menurutnya, pelancaran projek baharu Majestic Gen yang akan datang telah direka bentuk dengan teliti untuk memadankan keperluan bijak segmen pasaran yang memiliki permintaan tinggi.

“Dengan tumpuan strategik kepada rumah bertanah; kediaman bertingkat tinggi; pejabat kedai bertanah; dan pembangunan industri organisasi itu meluaskan jangkauannya dengan merentasi pelbagai wilayah terkemuka, termasuk Lembah Klang; Selangor; Perak; Negeri Sembilan; Pulau Pinang; dan Johor,” katanya semasa Pelancaran Rasmi Jenama Majestic Gen.

Kini, Majestic Group dikenali sebagai Majestic Gen.

Dalam pada itu, beliau berkata, pembangunan yang akan datang itu akan disatukan dengan penyelesaian berkesan tenaga dan bahan mampan seperti panel solar; stesen pengecasan kereta elektrik; pengenalan wajah; dan ciri rumah pintar.

“Syarikat akan berusaha untuk mendapatkan pensijilan GreenRE untuk hartanahnya,” ujarnya.

Jelasnya, projek pertama dijangka akan dilancarkan pada suku ketiga tahun 2024 dengan GDV anggaran lebih RM200 juta.

“Ia akan menjadi projek apartmen perkhidmatan yang terletak di Jalan Klang Lama di sini. Butiran lanjut akan diumumkan kemudian selepas latihan pembaharuan nama,” katanya.

Selain itu, Hoo berkata, projek Majestic Residences ysng dilancarkan pada Oktober 2023 telah mencapai kadar pengambilan sebanyak 90 peratus.

“Kami berbangga dengan sambutan yang luar biasa terhadap Majestic Residences yang dilancarkan sejak Oktober tahun lalu telah mencapai kadar pengambilan yang tinggi.

“Angka jualan yang kukuh ini menunjukkan daya usaha dan fleksibiliti Majestic Gen dalam menghadapi cabaran semasa pasaran hartanah global,” katanya.

Tambahnya, Majestic Residences mempunyai GDV sebanyak RM384 juta yang terdiri daripada menara kediaman 33 tingkat dan terletak di Jalan Dewan Sultan Sulaiman. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×