Kelebihan menyewa kediaman lengkap

Kelebihan menyewa kediaman lengkap

KEDIAMAN dengan kelengkapan penuh memberi kemudahan dan kelesesaan kepada penyewa.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEDIAMAN terutamanya apartmen berkelengkapan penuh menjadi semakin popular dalam kalangan penyewa sama ada untuk jangka pendek ataupun jangka panjang.

Jenis kediaman dilengkapi dengan semua perabot, peralatan dan kemudahan penting yang anda perlukan untuk hidup dengan selesa.

Kebiasaannya rumah sewa jenis ini adalah lebih mahal berbanding rumah tanpa perabot, namun penyewa tidak perlu mengeluarkan kos tambahan untuk melengkapkan peralatan dalam rumah sewa mereka itu.

Oleh itu, Ringgit pada minggu ini akan berkongsi kelebihan menyewa di kediaman berkelengkapan penuh bagi memudahkan bakal penyewa untuk membuat pilihan ketika mencari rumah untuk tujuan tersebut.

  1. Kos memasuki rumah yang lebih rendah

Penyewa hanya perlu menyediakan kos untuk membayar sewa dan deposit rumah sahaja tanpa perlu menyediakan kos tambahan untuk membeli peralatan rumah.

Pada kebiasaannnya, kelengkapan rumah yang perlu disediakan untuk hidup dengan selesa termasuk tilam, katil, peti sejuk, kipas, meja makan, dapur, mesin basuh dan sebagainya.

Jika penyewa memilih rumah yang kosong, mereka perlu menyediakan modal tambahan bagi membeli peralatan rumah ini sendiri yang boleh menelan ribuan ringgit.

  1. Memudahkan untuk penyewa berpindah

Sama ada anda menyewa untuk jangka masa pendek mahupun panjang, kediaman jenis ini lebih memudahkan penyewanya untuk berpindah.

Ini kerana, penyewa tidak mempunyai banyak perabot apabila  berpindah yang pastikan memerlukan mereka menyewa lori untuk di bawa kediaman baharu.

Perkara tersebut juga pasti akan menambahkan lagi kos kepada penyewa kerana perlu menyewa lori serta pekerja untuk untuk mengangkat barang.

  1. Menjimatkan masa

Bayangkan anda pindah di rumah kosong, pastinya anda perlu menyediakan masa untuk menghias atau membeli perabot dalam rumah tersebut.

Sebaliknya, masa yang ada tersebut boleh digunakan untuk beristirahat di rumah baharu yang lengkap dengan perabot tanpa perlu memikirkan bagaimana untuk menghias rumah setelah penat bekerja seharian.

  1. Reka bentuk rumah yang menarik

Apartmen berkelengkapan penuh biasanya telah diubah suai dengan reka bentuk dalaman yang menarik dengan gaya terkini.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN