Halal Niaga: Dodol Cik Ani terus dapat permintaan

Halal Niaga: Dodol Cik Ani terus dapat permintaan

FARAH Yusra Mazlan menunjukkan dodol jenama Cik Ani yang semakin mendapat permintaan di pasaran.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Usahawan makanan tradisional, Dodol Cik Ani mengalami peningkatan penjualan dodol sehingga mencecah 400 Kilogram (kg) selepas mendapat pensijilan halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

Pemilik Dodol Cik Ani, Farah Yusra Mazlan, 25, berkata, ia selepas pembeli lebih rasa yakin untuk terus membeli dan tiada rasa was-was dalam bahan yang digunakan untuk penghasilan dodol gula Anau.

“Alhamdulillah, selepas mendapat pensijilan Halal pada Januari 2024 perniagaan semakin baik sehingga mampu mencecah sehingga 400 kg sebulan, berbanding sebelum ini hanya 300 Kg.

“Sejak mendapat status halal, lebih banyak dodol terjual di pasaran dalam talian untuk permulaan tahun 2024 berbanding, tahun lalu,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia baru-baru ini.

Dodol Cik Ani yang berasal dari Kuala Pilah, Negeri Sembilan itu menggunakan gula anau dan santan kelapa kampung.

Produk Dodol Cik Ani telah mula dijual sejak 2022 dan kilang Dodol Cik Ani di Kuala Pilah dan kini, mempunyai tiga orang kakitangan.

Sehingga kini, dodol Cik Ani telah dipasarkan ke pasaran dalam talian menggunakan aplikasi Shopee dan Tiktok bermula harga dari RM25 sehingga RM60 mengikut berat dodol.

Jelas Farah Yusra, dia berhasrat membuka gerai di kawasan perumahan di Kuala Pilah bagi menarik pembeli sekitar kawasan tersebut.

Dodol gula anau Cik Ani yang bernilai 500 gram antara produk yang laris terjual sehingga mencecah lebih 5,531 bekas.

Farah Yusra turut berharap lebih ramai usahawan akan mendapatkan sijil halal, kerana banyak maanfaatnya terutama dalam memberi keyakinan kepada pembeli seterusnya meluaskan lagi pasaran produk. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×