PETALING JAYA: Etiqa menperkukuhkan pelan i-lindung bagi perlindungan keluarga bertempoh dan penyakit kritikal dengan kerjasama Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terdiri daripada produk insurans dan takaful mereka.
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Etiqa Insurance and Takaful, Kamaludin Ahmad berkata, pelan-pelan tersebut adalah Etiqa Term Plus dan Etiqa Critical Care Plus serta Etiqa Term Takaful Plus dan Etiqa Critical Care Takaful Plus.
“Ia merupakan komitmen Etiqa dalam menangani keperluan komuniti, terutamanya golongan B40 dengan menawarkan perlindungan yang mampu milik.,” katanya dalam kenyataan.
Jelasnya, Etiqa menawarkan Pelan Bertempoh dan Penyakit Kritikal yang ditambah baik dengan menyediakan perlindungan minimum berjumlah RM10,000 dengan harga premium dan sumbangan sangat rendah bermula dari RM12 dan RM16 setahun.
“Matlamat kami memastikan individu dan keluarga mereka mudah mendapatkan perlindungan takaful dan insurans yang mampu milik dengan kelulusan yang dijamin untuk pelan bertempoh serta tanpa perlu pemeriksaan perubatan untuk pelan Penyakit Kritikal,” katanya.
Menurutnya, Etiqa Term Plus dan Etiqa Term Takaful Plus menawarkan akses mudah kepada dana dengan ciri-ciri perlindungan yang tinggi sehingga RM200,000 melalui pengeluaran langsung daripada Akaun 2 KWSP.
Bagi, Etiqa Critical Care Plus dan Etiqa Critical Care Takaful Plus komprehensif itu pula merangkumi 42 penyakit kritikal termasuk Strok, Kanser, Alzheimer, Serangan Jantung, dan banyak lagi, sekaligus menyediakan perlindungan tinggi sehingga RM200,000.
Dalam pada itu, Kamaludin berkata, Etiqa yakin pelan yang direka khas itu menawarkan pilihan yang mampu milik dan dapat diakses oleh semua ahli KWSP, sejajar dengan misi Etiqa ‘Menjadikan Dunia Tempat yang Lebih Baik.’
“Pendekatan ini memudahkan individu berpendepatan rendah untuk memilih perlindungan mereka mengikut kemampuan mereka, terutamanya kerana kemudahan pembayaran terus dari Akaun 2 KWSP,” katanya. – UTUSAN










