KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Liew Chin Tong berkata, dunia perlukan agenda perdagangan baharu berteraskan pendekatan lebih segar bagi mengemudi negara-negara untuk bergerak seiring demi kejayaan bersama. Beliau berkata, agenda tersebut mengutamakan gaji yang adil untuk golongan pekerja selain menegakkan kelas pertengahan yang teguh di ekonomi maju dan membangun. Selain itu katanya, dunia juga perlu memastikan perdagangan membantu mewujudkan masyarakat yang lebih baik selain membantu negara-negara memperoleh cukai daripada syarikat multinasional. Jelasnya, cukai itu bagi membolehkan negara-negara menyediakan perkhidmatan, khsusunya perkhidmatan kesihatan selain jaminan daripada kesepaduan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya